Random Posts

Monday, June 16, 2014

Alfafa.. Super Detox


Hari ni kita tengok apa itu Alfafa. Alfafa complex diperbuat dari tumbuhan yang dikenali sebagai raja tumbuhan di kalangan kaum Arab iaitu Medicago Sativa dan telah digunakan manusia sejak dari 2500 tahun dahulu. Ditanam secara organik sepenuhnya di California, bebas dari segala bahan kimia dan racun makhluk perosak. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk matang sepenuhnya dan boleh dituai. Akarnya boleh menjalar hingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap segala nutrien.

Diproses dengan prosedur dan kawalan mutu yang ketat dengan formula signature Dr. Forrest Shaklee, pengasas SHAKLEE yang dihasilkan pada 1950-an.

Alfafa Complex kaya dengan klorofil, protein, asid amino, b compleks, fiber, zat galian, vitamin, enzim dan fitokimia.

Alfafa compleks merupakan agen detoksifikasi yang terbaik untuk menyingkirkan toksin dari badan hasil dari pencemaran yang berlaku secara sedar atau tidak sedar. Jika anda tinggal berhampiran dengan kawasan industri atau trafik yang sibuk, percayalah terlalu banyak pencemaran yang dan bahan asing telah masuk ke dalam paru-paru, sistem limfa, darah dan otak. Makanan segera juga mempunyai banyak bahan asing yang  lama-kelamaan akan menjadi toksin dan akan menyerang sistem tubuh. Tanda-tanda seperti jerawat, selalu demam yang tidak kebah jika tak ambil antibiotik, lesu, tidur terganggu dan nafas pendek/mudah semput adalah antara tanda-tanda tubuh anda mempunyai toksin. 

Cegah sebelum parah. Ingat, menjaga itu lebih baik dari membaiki. 

Sila buat tempahan di sini




No comments:

Post a Comment



Popular Posts