Random Posts

Tuesday, June 24, 2014

B Complex untuk fungsi tubuh optimum


B Complex terdiri dari 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12 memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik sumpama mesin yang diminyakkan dengan sempurna. Vitamin B Complex membolehkan kita rasa lebih bertenaga kerana ia menolong menukarkan makanan menjadi tenaga. Setiap unsur vitamin B complex mempunyai manfaat tersendiri dari kulit dan rambut yang sihat hinggalah menguatkan ingatan dan mengelakkkan migrain.
B1 (Thiamin)
B1 membantu dalam penghasilan sel baru yang sihat. Ia juga dikenali sebagai vitamin anti-stress
kerana keupayaan untuk memelihara sistem imun. Jika kita mengambil makanan tinggi karbohidrat, vitamin ini penting untuk mencernakan karbohidrat dan menukarnya menjadi tenaga.
B2 (Riboflavin)
B2 berperanan sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas(partikel dalam tubuh yang boleh merosakkan sel) dan berfungsi sebagai awet muda dan mengelakkan penyakit jantung. Riboflavin juga penting untuk penghasilan Sel Darah Merah yang menjadi elemen pengangkutan oksigen ke seluruh organ tubuh. Ada kajian mengatakan B2 boleh mengurangkan gejala migrain tetapi masih belum disahkan. Vitamin B2 dari sumber makanan boleh termusnah apabila terdedah dengan sinar UV.
B3 (Niacin)
Manfaat utama Niacin ialah merangsang penghasilan HDL(kolestrol baik) yang boleh menyerap LDL (kolestrol jahat) dan dikumuhkan di hati. Niasin juga berupaya untuk mengurangkan jerawat
B5 (Pantothenic Acid)
Selain fungsi utama B5 iaitu menukar lemak dan carbohidrat ke tenaga, B5 juga boleh merangsang hormon seks dan anti-stress termasuklah testosterone. B5 juga penting untuk kesihatan kulit dengan keupayaan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kulit merah.
B6 (Pyridoxine)
Diambil bersama Vitamin B12 dan B9, B6 boleh membantu mengekalkan paras asid amino homocysteine (dikaitkan dengan penyakit jantung) pada paras yang betul. Pyridoxine memainkan peranan penting dalam corak tidur dan mood kerana ia membantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan norepinephrine, hormon anti-stress. Ada kajian mengatakan B6 mengurangkan keradangan bagi penghidap rheumatioid athritis.
B7 (Biotin)
B7 juga dikenali sebagai vitamin kecantikan kerana dikaitkan dengan rambut, kulit dan kuku yang sihat. Ia juga boleh membantu penghidap diebetis untuk mengawal kadar gula dalam darah juga. Vitamin B7 penting untuk ibu mengandung untuk tumbesaran janin yang normal
B9 (Folate)
Juga dikenali sebagai asid folik, kajian menunjukkan asid folik boleh mengurangkan depresi dan menguatkan ingatan. Asid Folik penting untuk ibu mengandung untuk pertumbuhan saraf janin yang sihat dan mengelakkan kecacatan saraf(Na’uzubillahi min zaalik).
B12 (Cobalamin)
Vitamin B12 bekerjasama dengan B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi menghasilkan hemoglobin(pengangkut oksigen).
Dari mana nak dapatkan semua vitamin B kompleks ni. Vitamin B kompleks boleh didapati dari pemakanan harian kita tetapi tidak dapat dipastikan quantiti dan quantiti vitamin B kompleks yang diambil dari pemakanan harian. Rutin harian yang sibuk, pemakanan tidak teratur dan makanan segera mengurangkan pengambilan B kompleks secara semulajadi.
Alternatifnya,ambillah supplemen yang mengandungi Vitamin B komleks yang lengkap dan mencukupi untuk keperluan B kompleks harian kita. Saya mencadangkan Vitamin B Complex dari Shaklee yang mengandungi kesemua 8 vitamin B kompleks.
b complex temp

Vitamin B Compleks – RM53.75 (120 tab) (2-3 bulan penggunaan)

Boleh hubungi saya untuk pesanan atau boleh juga klik di sini
red_ordernow


No comments:

Post a Comment



Popular Posts